Monday, August 9, 2010

Ada satu cerita

Bila seseorang tu menjadikan kerja lebih masa sampai lewat malam satu rutin hariannya, orang lain pon akan terikut juga. Bila benda ni berlarutan, selalunya jadual waktu bekerja dah tak boleh diguna pakai dah. Seterusnya, bos akan menggunakan benda ni as a benchmark untuk mengukur tahap KPI seseorang. Selalunya pekerja yang balik awal on time yang menjadi mangsa. Orang lain akan berkata dia tu tak perform walaupun dia dah siapkan kerja dalam tempoh waktu bekerja.

Sebagai contoh, si A suka stayback sampai malam-malam untuk menyiapkan kerja. Si B pula siapkan kerja sebelum pukul 5 ptg. Bila bos slalu dok nampak si A je di pejabat, bos akan ingat dia rajin walhal kalo diikutkan si B pon rajin sebab dia wat kerja bersungguh-sungguh. Akibatnya, bos nak si B pon stay di pejabat sehingga lewat malam juga walaupun si B takde kerja.

Sekiranya aku seorang bos, aku akan berfikir kalau nak mengukur KPI seseorang, aku akan cakap si B tu perform la sebab dia wat keja n habis on time. Kalau si A hari-hari stayback je, siang-siang tu ko watpe? Cuba fikirkan...