Tuesday, May 25, 2010

Tekanan perasaan

semenjak 2 menjak ni otak kiri aku dh menghasut otak kanan aku supaya berhenti kerja. (yeaa..benti kerja! benti kerja!). Kalau dulu aku tak melayan sangat perasaan aku tu. Tapi bila ditengokkn ramai kawan2 aku bekerja dengan senang lenang, aku mula dah tawar hati dengan kerja aku ni.

Dari aku grad, sampai sekarang aku bekerja dengan company swasta dalam industri pembinaan ni. Tapi semua tempat yang aku keja tu tak kekal lama. Lepas abis contract aku blah. baru-baru ni aku blah meninggalkan company yang aku rasa paling best utk memulakan hidup di Shah Alam. Kerja aku sebagai seorang Jurukur Bahan (Quantity Surveyor) memang penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang2 terpaksa spend masa yang lama di pejabat untuk menyiapkan tender & kejar deadline. Tu baru tender. Belum lagi claim subcon, progress claim, wat quotations, meeting & tah la byk mana lg. Bagi aku, tu semua pengalaman yg aku perlu belajar sebelum aku bergerak secara solo tanpa terikat dengan org lain. Aku bercita-cita nak bukak company n ada bisnes sendiri.

Korang faham la kan cmne kalo keja dengan company swasta ni. Stress yang teramat sangat. Selalu kena maki dengan boss. Balik rumah pon tgah2 mlm. Lately ni aku kurang tido n kurang makan. rambut aku pulak dh tumbuh uban, menyatakan aku sedang stress. Berat badan aku lak dh susut skit akibat kurang makan. Mujur lah Allah tu masih sayangkan hamba-Nya ni. Aku masih ada masa untuk sembahyang 5 waktu sehari. Kalau tu pon Dia tarik dari aku, memang aku ni tak layak wujud la kot.

Dulu, mak aku ada gak suruh aku apply kerja gomen. Jadi pegawai tadbir la, pegawai kebajikan la & byk lagi pegawai2 yang takde sangkut paut dengan Ijazah aku ni. Tp aku malas. Kononnya aku fikir aku dilahirkan untuk jd seorang QS. Tapi rupanya aku silap. Semakin lama, aku rasa makin tertekan dengan kerja aku n bercadang nak mengubah haluan. Mungkin ni Allah nak tunjukkan kat aku yang aku patut mencari hala tujuanku sendiri. Layak ke aku nak kerja gomen? sanggup aku di'transfer'kan ke Sabah Serawak? Sanggup kerja 3 bulan takde gaji? tu yang aku dok fikirkan.

Rasanya memang patut aku bertukar haluan ke bidang lain yang bukan construction n bukan QS. Tah la...jadi Bomba ke, Polis ke, Rela ke asalkan aku ada byk masa terluang. Aku dh letih kerja siang malam sampaikan urusan aku nak kawin ujung tahun ni terabai..

Friday, May 21, 2010

End up my 'life'

Selama ni aku fikir, my work is my life. Sedar tak sedar, dah 2 tahun aku bekerja sebagai QS ni. Byk pengalaman yang aku dapat. Sekarang aku dh bekerja under PKNS. Quite strong la kedudukannya kalo difikirkan. Apa yg aku nak selama ni almost aku nk dapat. Aku dh dekat dengan lawyer kesayangan aku tu n insyalah hujung tahun ni kitorang akan berkahwin n menetap di negeri Selangor ni. The fame, respect n confidence tu smua dh ada.

Tp..disebalik keseronokan aku bekerja sebagai QS ni timbul lak perasaan boring. Pengalaman tu penting..sb tu leh dikirakan byk dh pengalaman yg aku dapat sepanjang aku kerja ni. Tetiba lak terasa mcm nk stop practice n do something new. Keja mcm aku ni selalu kena stayback kat office, kejar deadline, mesyuarat, pricing tender n mcm2 lagi la. Everything is in numbers and figures. Since aku dh nak berkahwin tak lama lagi, mesti la aku ada planning. Kalo boleh tu aku nak la luangkan lebih masa dengan family. Tambah2 kalo dh ada anak. Sapa lagi nk uruskan diorang semua? Aku tak sanggup nak suruh bini aku tu berhenti kerja. Dia mesti boring. Then mesti la dia akan jd mcm salah seorang pompuan dlm cite Desperate Housewife tu. Kalo jd mcm si Gaby tu parah aku. Gile melaram! Kalo mcm Bree... ok la sb pandai masak. Tp dibuatnye ada affair dgn jantan lain, mereng pala otak aku.

Ok la..tu luahan perasaan aku. Aku nk tanya korang semua la. Kalo aku ambik keputusan drastik stop practice sebagai QS ni, apa hala tuju aku seterusnya? Melepak? wat business nasik lemak? jual kereta? jual badan?. Tolong la nasihatkan aku ni..