Sunday, July 11, 2010

bola..bola..bola!!

Salam...

Musim Piala Dunia dah sampai ke kemuncaknya. Pasukan Sepanyol sudah bergelar juara setelah menumpaskan Belanda dengan satu jaringan sahaja. Itupun bila dah masuk 2nd half masa tambahan. Aku n tunang aku tengok di McD depan F&N Shah Alam awal pagi tadi. Dari pukul 12.30 kami sampai, pukul 5.15am baru ada 1 gol. Tekanan btul! Aku berharap belanda menang sebab mengikut perjanjian kami, siapa yang menang akan dapat sehelai T-shirt. disebabkan dia sokong team Sepanyol, maka aku la yang kena bagi sehelai T-shirt kat dia.

Macam-macam perkara yang aku jumpa sepanjang musim 'World Cup' ni. Paling aku bengang skali masa game Germany vs Uruguay untuk tempat ketiga. Ada sekumpulan orang tu poyo je lebih. Tah betul minat bola ke tak tah la. Memekak dari awal game sampai abis. Rasa mcm nak sepak je sekor-sekor. Aku tau la dh tengok bola, mesti la kena wat bising. Lain la kalo korang tengok nasyid. Tapi takkan la setiap masa game tu ko nak wat bising tak tentu pasal. Respek la skit privacy orang sekeliling. Rasanya, ini la perkara yang membawa kepada pergaduhan di kedai-kedai mamak semasa menonton perlawanan bola. Kena tetak la, kena belasah dengan helmet la & macam-macam lagi la.

so, untuk safety, belajar la respek orang sekeliling. Jangan mem'poyo'kan diri di khalayak ramai n jangan la jadi cheep attention seaker. Ni leh mengganggu gugat orang di sekeliling

salam..peace

Thursday, July 8, 2010

Ketentuan...

Salam...

Hari ni aku ada story menarik nak dikongsi dengan para bloggers semua. Semalam dalam akhbar Malay Mail melaporkan PKNS Engineering & Construction Berhad (PECB) bakal digantung lesen kontraktor gara-gara kegagalan menyiapkan projek kuarters jururawat di HTAR walaupun projek itu telah berjalan selama 3 tahun sejak 2007.

Kesian gak aku dengar. Tambah-tambah lagi aku baru je join company ni. Leh dikatakan semua tempat aku join mesti ada masalah. Sebelum ni aku dengan I-Nai Venture Holding yang terlibat dengan projek kompleks istana negara, jalan duta. Lepas je aku keluar, tup-tup timbul cerita projek tu bermasalah. Tu tak kira company-company lain yang sebelum ni aku kerja di Kedah.

Mengikut hati aku, aku sbenarnya tak la rasa panic. Mana saja aku pergi, aku tetapkan dalam diri aku yang rezeki Allah SWT tu ada di mana-mana. Dia yang berhak. So, kalau ditakdirkan aku dapat VSS aku tak rasa kesal. Aku yakin ni adalah petunjuk dari Allah SWT untuk bagi aku berdikari mencari rezeki yang halal dengan kudrat aku sendiri. Tapi aku tak boleh terburu-buru. Kita hanya merancang, selebihnya Allah SWT yang tentukan. Kita kena bertawakal dan berserah pada qada & qadar.