Monday, August 9, 2010

Ada satu cerita

Bila seseorang tu menjadikan kerja lebih masa sampai lewat malam satu rutin hariannya, orang lain pon akan terikut juga. Bila benda ni berlarutan, selalunya jadual waktu bekerja dah tak boleh diguna pakai dah. Seterusnya, bos akan menggunakan benda ni as a benchmark untuk mengukur tahap KPI seseorang. Selalunya pekerja yang balik awal on time yang menjadi mangsa. Orang lain akan berkata dia tu tak perform walaupun dia dah siapkan kerja dalam tempoh waktu bekerja.

Sebagai contoh, si A suka stayback sampai malam-malam untuk menyiapkan kerja. Si B pula siapkan kerja sebelum pukul 5 ptg. Bila bos slalu dok nampak si A je di pejabat, bos akan ingat dia rajin walhal kalo diikutkan si B pon rajin sebab dia wat kerja bersungguh-sungguh. Akibatnya, bos nak si B pon stay di pejabat sehingga lewat malam juga walaupun si B takde kerja.

Sekiranya aku seorang bos, aku akan berfikir kalau nak mengukur KPI seseorang, aku akan cakap si B tu perform la sebab dia wat keja n habis on time. Kalau si A hari-hari stayback je, siang-siang tu ko watpe? Cuba fikirkan...

Sunday, July 11, 2010

bola..bola..bola!!

Salam...

Musim Piala Dunia dah sampai ke kemuncaknya. Pasukan Sepanyol sudah bergelar juara setelah menumpaskan Belanda dengan satu jaringan sahaja. Itupun bila dah masuk 2nd half masa tambahan. Aku n tunang aku tengok di McD depan F&N Shah Alam awal pagi tadi. Dari pukul 12.30 kami sampai, pukul 5.15am baru ada 1 gol. Tekanan btul! Aku berharap belanda menang sebab mengikut perjanjian kami, siapa yang menang akan dapat sehelai T-shirt. disebabkan dia sokong team Sepanyol, maka aku la yang kena bagi sehelai T-shirt kat dia.

Macam-macam perkara yang aku jumpa sepanjang musim 'World Cup' ni. Paling aku bengang skali masa game Germany vs Uruguay untuk tempat ketiga. Ada sekumpulan orang tu poyo je lebih. Tah betul minat bola ke tak tah la. Memekak dari awal game sampai abis. Rasa mcm nak sepak je sekor-sekor. Aku tau la dh tengok bola, mesti la kena wat bising. Lain la kalo korang tengok nasyid. Tapi takkan la setiap masa game tu ko nak wat bising tak tentu pasal. Respek la skit privacy orang sekeliling. Rasanya, ini la perkara yang membawa kepada pergaduhan di kedai-kedai mamak semasa menonton perlawanan bola. Kena tetak la, kena belasah dengan helmet la & macam-macam lagi la.

so, untuk safety, belajar la respek orang sekeliling. Jangan mem'poyo'kan diri di khalayak ramai n jangan la jadi cheep attention seaker. Ni leh mengganggu gugat orang di sekeliling

salam..peace

Thursday, July 8, 2010

Ketentuan...

Salam...

Hari ni aku ada story menarik nak dikongsi dengan para bloggers semua. Semalam dalam akhbar Malay Mail melaporkan PKNS Engineering & Construction Berhad (PECB) bakal digantung lesen kontraktor gara-gara kegagalan menyiapkan projek kuarters jururawat di HTAR walaupun projek itu telah berjalan selama 3 tahun sejak 2007.

Kesian gak aku dengar. Tambah-tambah lagi aku baru je join company ni. Leh dikatakan semua tempat aku join mesti ada masalah. Sebelum ni aku dengan I-Nai Venture Holding yang terlibat dengan projek kompleks istana negara, jalan duta. Lepas je aku keluar, tup-tup timbul cerita projek tu bermasalah. Tu tak kira company-company lain yang sebelum ni aku kerja di Kedah.

Mengikut hati aku, aku sbenarnya tak la rasa panic. Mana saja aku pergi, aku tetapkan dalam diri aku yang rezeki Allah SWT tu ada di mana-mana. Dia yang berhak. So, kalau ditakdirkan aku dapat VSS aku tak rasa kesal. Aku yakin ni adalah petunjuk dari Allah SWT untuk bagi aku berdikari mencari rezeki yang halal dengan kudrat aku sendiri. Tapi aku tak boleh terburu-buru. Kita hanya merancang, selebihnya Allah SWT yang tentukan. Kita kena bertawakal dan berserah pada qada & qadar.

Wednesday, June 9, 2010

Stayback..rela atau paksa?

Kalau ada di antara korang semua ni yang bekerja dengan syarikat swasta mesti dh slalu berdepan dengan keadaan kena stayback kat pejabat menyiapkan tugasan yang diberikan. Ada yang stay sampai malam, ada juga yang dekat nak subuh baru balik rumah. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada stress dan tekanan. Yang mana dah plan nak pi berdating terpaksa la kensel last-last minit dengan makwe/pakwe. (selalunya ni kes aku la! hahaha!). Yang mana ada match futsal terpaksa kensel n menyebabkan team tu kalah sebab star tak datang (ni pon kes aku gak).

Ramai orang akan bercakap 'ko tu bujang lagi. bukan ada mende pon nak dibuat di rumah'. aku sebenarnya sangat TAK BERSETUJU dengan kenyataan ini. Sepatutnya orang lain kena fikir gak orang bujang tu la lagi banyak aktiviti nak dibuat. Sama la bagi yang dah berkahwin pon. Semua orang ada tanggungjawab masing-masing. Takkan la semua benda nak diharapkan kat bini semata-mata.

Korang bersetuju tak? sila beri komen

Tuesday, May 25, 2010

Tekanan perasaan

semenjak 2 menjak ni otak kiri aku dh menghasut otak kanan aku supaya berhenti kerja. (yeaa..benti kerja! benti kerja!). Kalau dulu aku tak melayan sangat perasaan aku tu. Tapi bila ditengokkn ramai kawan2 aku bekerja dengan senang lenang, aku mula dah tawar hati dengan kerja aku ni.

Dari aku grad, sampai sekarang aku bekerja dengan company swasta dalam industri pembinaan ni. Tapi semua tempat yang aku keja tu tak kekal lama. Lepas abis contract aku blah. baru-baru ni aku blah meninggalkan company yang aku rasa paling best utk memulakan hidup di Shah Alam. Kerja aku sebagai seorang Jurukur Bahan (Quantity Surveyor) memang penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang2 terpaksa spend masa yang lama di pejabat untuk menyiapkan tender & kejar deadline. Tu baru tender. Belum lagi claim subcon, progress claim, wat quotations, meeting & tah la byk mana lg. Bagi aku, tu semua pengalaman yg aku perlu belajar sebelum aku bergerak secara solo tanpa terikat dengan org lain. Aku bercita-cita nak bukak company n ada bisnes sendiri.

Korang faham la kan cmne kalo keja dengan company swasta ni. Stress yang teramat sangat. Selalu kena maki dengan boss. Balik rumah pon tgah2 mlm. Lately ni aku kurang tido n kurang makan. rambut aku pulak dh tumbuh uban, menyatakan aku sedang stress. Berat badan aku lak dh susut skit akibat kurang makan. Mujur lah Allah tu masih sayangkan hamba-Nya ni. Aku masih ada masa untuk sembahyang 5 waktu sehari. Kalau tu pon Dia tarik dari aku, memang aku ni tak layak wujud la kot.

Dulu, mak aku ada gak suruh aku apply kerja gomen. Jadi pegawai tadbir la, pegawai kebajikan la & byk lagi pegawai2 yang takde sangkut paut dengan Ijazah aku ni. Tp aku malas. Kononnya aku fikir aku dilahirkan untuk jd seorang QS. Tapi rupanya aku silap. Semakin lama, aku rasa makin tertekan dengan kerja aku n bercadang nak mengubah haluan. Mungkin ni Allah nak tunjukkan kat aku yang aku patut mencari hala tujuanku sendiri. Layak ke aku nak kerja gomen? sanggup aku di'transfer'kan ke Sabah Serawak? Sanggup kerja 3 bulan takde gaji? tu yang aku dok fikirkan.

Rasanya memang patut aku bertukar haluan ke bidang lain yang bukan construction n bukan QS. Tah la...jadi Bomba ke, Polis ke, Rela ke asalkan aku ada byk masa terluang. Aku dh letih kerja siang malam sampaikan urusan aku nak kawin ujung tahun ni terabai..

Friday, May 21, 2010

End up my 'life'

Selama ni aku fikir, my work is my life. Sedar tak sedar, dah 2 tahun aku bekerja sebagai QS ni. Byk pengalaman yang aku dapat. Sekarang aku dh bekerja under PKNS. Quite strong la kedudukannya kalo difikirkan. Apa yg aku nak selama ni almost aku nk dapat. Aku dh dekat dengan lawyer kesayangan aku tu n insyalah hujung tahun ni kitorang akan berkahwin n menetap di negeri Selangor ni. The fame, respect n confidence tu smua dh ada.

Tp..disebalik keseronokan aku bekerja sebagai QS ni timbul lak perasaan boring. Pengalaman tu penting..sb tu leh dikirakan byk dh pengalaman yg aku dapat sepanjang aku kerja ni. Tetiba lak terasa mcm nk stop practice n do something new. Keja mcm aku ni selalu kena stayback kat office, kejar deadline, mesyuarat, pricing tender n mcm2 lagi la. Everything is in numbers and figures. Since aku dh nak berkahwin tak lama lagi, mesti la aku ada planning. Kalo boleh tu aku nak la luangkan lebih masa dengan family. Tambah2 kalo dh ada anak. Sapa lagi nk uruskan diorang semua? Aku tak sanggup nak suruh bini aku tu berhenti kerja. Dia mesti boring. Then mesti la dia akan jd mcm salah seorang pompuan dlm cite Desperate Housewife tu. Kalo jd mcm si Gaby tu parah aku. Gile melaram! Kalo mcm Bree... ok la sb pandai masak. Tp dibuatnye ada affair dgn jantan lain, mereng pala otak aku.

Ok la..tu luahan perasaan aku. Aku nk tanya korang semua la. Kalo aku ambik keputusan drastik stop practice sebagai QS ni, apa hala tuju aku seterusnya? Melepak? wat business nasik lemak? jual kereta? jual badan?. Tolong la nasihatkan aku ni..

Saturday, January 30, 2010

Our fate lies ahead

Salam to all the followers...

Sekarang ni aku dah tak bekerja di Warisan Wibawa. Nampaknya aku kena ubah gambar yang kat sebelah tu la nanti. Aku sbenarnya rasa lega bila dah behenti dari WWSB tu. Even banyak kenangan manis aku kat sana, ada jugak la yang buruk. Yang baiknya sepanjang aku di sana, banyak pengalaman dalam bidang construction yang aku dapat belajar. Company background pon bagus. The bad is...lepas je projek kitorang dengan JPN, company tu dah di'pangkah' oleh client kitorang. Aku dpt tau ni pon sebabnya masa projek tu, my dad is one of the Superintending Officer. Dia la yg endorse smua payment kitorang. Because of 'somebody' yang konon-konon dia tu bagus sangat as a P.M, semua kerja aku dia nak take over. At the end, keja aku as a Q.S hanyalah supervise orang keja je. Tu pon tahap tengok-tengok je. He's the one to make all decision. Bila aku protest, he think i'm revolting so he n my former boss think that i'm might be 'ancaman' to the company. Starting that moment, that 'F@%##$G" P.M mencari-cari la salah aku. Until the end, aku dpt tau the conspiracy so i make a decision to berhenti n bawak diri aku jauh-jauh.

So aku biarkan je la dia tu dengan bekas boss aku. Apa aku leh wat. Dia tu orang lama. Aku nak melawan pon, dia akan sampaikan kat bos aku. Tapi mulai skarang aku memang gengang la dengan orang yang kaki kipas, kaki bodek, n kaki repot ni. Korang semua nanti kalo dh jadi bos jaga-jaga la dengan org camni. Kalo dibiarkan, leh gaduh 1 office.

WWSB..Your destruction will be the most entertaining.