Sunday, May 17, 2009

bulan

bulan? Apakah itu bulan?
datang bulan? (ehem..)
parti bulan? (PAS)
kala malam bulan mengambang? (movie)
kuih bulan? (CNY)
wau bulan (wau bule...)

kalau moon?
moonsault? (smackdown Jeff Hardy)
maiMOON? (nama org)
MOONtah?

bulan = luna (dlm bgasa Greek) bukan Grik yek
Arthemis = nama bulan planet Venus

macam-macam bulan ada kat dunia ni. Setiap org tertunggu-tunggu bulan masing-masing. Yg bekerja, of course la tunggu hujung bulan. Pay day ma... Yg mengandung, tunggu 9 bulan sebelum beranak. Yang belum monopause...tiap2 bulan rutin org pompuan. Aku rasa bersyukur manusia ditempatkan di bumi ni. Kalo di bulan? maka banyaklah perkataan yang terpaksa diubah. contohnya..

dikebumikan = dikebulankan
pasak bumi = pasak bulan
hasil bumi = hasil bulan
haribulan = haribumi
kuih bulan = kuihbumi

n banyak lagi la kot. Aku tak sure sangat. Ada mitos dari Jepun mengatakan pada suatu masa dahulu ada seorang perempuan kecewa dengan cintanya dan membawa diri ke bulan dan bertukar menjadi seekor arnab. Betul ke ada arnab di bulan? Mitos orang Indian pulak mengatakan Wolverine menyalak ke bulan kerana dia ditipu supaya tinggalkan girlfriend dia yang tinggal di bulan.

mesti sesape yang baca blog aku ni cakap hape la yang aku merepek pasal bulan-bulan ni. Sbenarnya banyak benda yang akan berlaku kat aku hujung bulan ni. Bos aku pi umrah, Tok aku pon nk pi umrah, opismate aku nak kawin, audit ISO, projek baru start n dapat gaji. Tp smua tu tak leh lawan yang 1 ni. Aku nak jumpa awek aku. Walaupun jarang jumpa. Hujung bulan je.. Bulan depan kitorang plan nak vacation. Tu yang aku tak sabar sangat tu.

ok la yek..Kerja time..

1 comment:

~ said...

me tooo!!!!!tak sabar nak tunggu bulan depan!ngee..kite akan bulan madu!bulan bulan bulan!